Aliff Syukri Terpaksa Pulangkan Anak Angkatnya Kerana Video Tunjal Kepala

TERKINI
January 25, 2019 - 11:02 AM


Walaupun penjelasan sebenar telah diberikan disebalik video yang viral salah seorang pembantu rumah Datuk Seri Aliff Syukri menunjal kepala anak angkatnya, Qayyum, isu tersebut nampaknya tidak terhenti disitu.

Difahamkan, ibu kandung Qayyum kembali untuk menuntut anaknya dan Aliff Syukri terpaksa berpisah dengan Qayyum hari ini.

Menerusi satu posting di Instagram, ternyata Datuk Aliff agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak angkatnya yang selama ini dianggap sebagai darah daging sendiri. Qayyum telah berada di bawah penjagaan Aliff sejak setahun yang lepas.

Qayyum (berbaju biru) dilayan seperti anak sendiri...

Apa-apa pun, hanya Allah SWT yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan disini kita hanya doakan yang terbaik buat keluarga Aliff Syukri. Moga ada hikmah disebalik kejadian ni Datuk.

Video penjelasan isu tunjal kepala :

Tengok jawapan Aliff Syukri bila orang tanya pasal Yom (Qayyum) di Instastory beliau, boleh nampak yang dia betul sedih... Cakap pun sebak...