Amaran Asteroid Bergerak Berkelajuan Tinggi Melintasi Bumi Jumaat ini - NASA

TERKINI
January 04, 2019 - 12:30 PM


Sehari dua ni kerap pula berita tentang asteroid yang besar sedang bergerak ke arah bumi dan dijangka melanggar bumi pada Februari nanti. Namun begitu, ada juga ura-ura mengatakan NASA sengaja merahsiakan berita ini kepada umum. 

Walaubagaimanapun, asteroid gergasi ini dijangka akan bergerak di angkasa lepas pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi dengan membuat ‘Perjalanan Mendekati Bumi’ pada hari Jumaat, 4 Januari 2019. Demikian amaran yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).

Saintis NASA membuat jangkaan Asteroid 2014 AD16 akan melintasi jarak yang paling hampir iaitu di planet bumi pada awal pagi Jumaat jam 1.30 pagi. Ini merupakan pertama kali asteroid menghampiri bumi dalam tempoh lima tahun. NASA telah memantau perjalanan asteroid ini sejak ia melintasi bumi pada 29 Mei, 2014.

Dengar cerita juga Asteroid 2014 AD16 mempunyai diameter dengan anggaran antara 8.8 meter hingga 20 meter. Kalau sebelum ni korang pernah dengar tentang meteor Chelyabinsk yang pernah menghentam atmosfera bumi dan serpihannya menjunam di Chelyabinsk, Rusia pada tahun 2013. Insiden letupan meteor di udara ini telah melepaskan gelombang kejutan yang menyebabkan lebih 7,000 buah bangunan rosak di enam bandar dan mencederakan ribuan mangsa akibat terkena serpihan cermin bangunan yang pecah. Ha asteroid ini lebih kiurang saiz dengan meteor Chelyabinsk. Bayangkan kalau ianya melanggar bumi nnanti macam mana.

Tahukah korang walaupun ianya bersaiz kecil sekali pun dan menghentam bumi, ia boleh meninggalkan impak memusnah. Kekuatan asteroid dengan anggaran 20 meter pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia adalah 20 hingga 30 kali ganda dengan kekuatan tenaga melebihi letupan bom atom pertama

Ni kalau kena kat negara kecil memang pupus terus negara tu. 

Tapi jangan risau menurut NASA kemungkinan Asteroid ini untuk memasuki atmosfera bumi agak jauh, Mengikut perkiraan saintis dalam kiraan kilometer, Asteroid 2014 AD16 sebenarnya akan melintasi bumi pada jarak 4.9 juta kilometer atau kira-kira 12.83 kali ganda jauhnya antara jarak bumi dan bulan.

Namun begitu, mengikut kiraan jarak melebihi jutaan kilometer dalam konteks perkiraan manusia, ia mungkin sangat jauh. Tetapi dalam konteks perkiraan angkasa lepas, hakikat sebenar menunjukkan bumi mempunyai risiko yang sangat dekat dengan ancaman asteroid dan impak hentaman walaupun dengan asteroid yang kecil amat memberi kesan dan berbahaya kepada manusia yang berada di bumi.

‘Perjalanan Mendekati Bumi’ bagi asteroid yang seterusnya dijangka berlaku lagi dalam masa enam bulan iaitu pada 4 Jun 2019.

Sumber rujukan dari Express UK

KeN: Bila baca cerita pasal Aesteroid ni rama macam dalam filem pulak.