Anak Merangkak Sampai Ke Jalan Raya Mak Bapak Tengah Syok Tidur Waktu Siang

TERKINI
February 06, 2018 - 12:01 PM


Isu keselamatan anak-anak tidak pernah sunyi. Ada sahaja kes yang melibatkan anak-anak yang sentiasa berada dalam situasi bahaya. Keselamatan anak-anak bukan sahaja di luar rumah tetapi di dalam rumah juga dan pasti ianya menjadi tanggung jawab ibu bapa atau penjaga.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil perlu lebih peka dan tidak boleh lalai tentang perkara-perkara yang melibatkan keselamatan. Banyak kes anak lemas dalam baldi, terjatuh dari beranda rumah, tersimbah air panas dan sebagainya.

Perkara tersebut sangat menyayat hati. Lebih bahaya dan seakan tidak masuk akal, ada anak yang dibiarkan merangkak dari rumah sehingga ke jalan raya. Kisah ini tular di media sosial dan menerima pelbagai kecaman dan pendapat daripada netizen.

Kes sebegini jarang-jarang berlaku di negara kita dan kisah tular ini juga sebenarnya berlaku di Thailand.

Nasib baik tiada kenderaan yang bawa laju waktu itu. Jika tidak, entah apa nasib anak kecil ini.

Memang sangat-sangat bahaya. Anak yang masih kecil akan bergerak ke mana sahaja jika tidak dijaga dan dikawal pergerakannya. Pantang je nampak pintu rumah terbuka, cepat je anak-anak tu keluar.