Anak Panda Di Hantar Pulang Ke China




Anak kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Laiang Liang yang dilahirkan di Malaysia iaitu Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China.

Anak panda itu berusia 26 bulan dan dikatakan dihantar pulang dengan menggunakan pesawat MH6476 pada jang 5.40 petang semalam.

Nuan Nuan sebelum itu ditempatkan di Hotel Haiwan MASkargo begi melalui proses akhir serta melakukan persiapan sebelum menaiki penerbangan yang mengambil masa selama lebih 4 jam tersebut.

Penghantaran pulang Nuan Nuan ini adalah sebagai memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi yang telah ditandatangani pada 15 Jun tahun 2012. Dalam perjanjian ini, ada mengatakan anak panda yang dilahirkan oleh pasangan panda yang dihantar ke Malaysia perlu dipulangkan ke Negara asalnya apabila berusia 2 tahun.

 

Sumber : mStar