Anda Terima Panggilan Palsu? Bank Negara Malaysia Minta Anda Berhati-hati

TERKINI
January 22, 2018 - 10:37 AM


Orang ramai diingatkan supaya jangan mudah tertipu dan bertindak terburu-buru jika menerima panggilan kononnya dari ‘bank’ mengenai tunggakan pinjaman atau meminta untuk pengesahan kad kredit.

Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia berkata, statistic jenayah kewangan berkenaan panggilan palsu telah meningkat sejak kebelakangan ini. BNM menerima lebih 7000 pertanyaan serta laporan berkenaan panggilan palsu ini pada 2017.

Jangan mudah percaya panggilan dari nombor yang tidak dikenali. 

Dalam ucapan sempena majlis penutupan Karnival Kewangan Kedah, Abdul Rasheed Abdul Ghaffour turut menasihati orang ramai supaya jangan mudah percaya dan terpedaya dengan penggilan seumpama ini.

Rekod panggilan laporan kepada BNM menunjukkan terdapat peningkatan dalam kadar kesedaran dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada laman sesawang rasmi institusi kewangan ataupun terus buat panggilan ke institusi kewangan masing-masing untuk maklumat lanjut atau mendapatkan nasihat.

 

Sumber : Sinar Harian