Anna Jobling Dikatakan Penyebar Video Kelab Malam Dewi Remaja Minum Arak

TERKINI
January 20, 2019 - 07:51 AM


Kontroversi video parti sakan di kelab malam dan arak membabitkan peserta Dewi Remaja Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen masih lagi belum reda dan keluar pula isu hangat lain. Isu ini juga melibatkan peserta dewi remaja itu sendiri yang dikatakan berasa dengki dengan kemenangan orang lain lalu menyebarkan video di kelab malam tersebut.

Enggan berdiam diri dan terus dikecam netizen, Ernisha menerusi Insta Stories mendedahkan ada pengkhianat di dalam Dewi Remaja.

Pelbagai spekulasi yang timbul apabila Ernisha turut mendedahkan ‘screenshot’ perbualan Whatsapp antara seorang lagi finalis Dewi Remaja.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Ernisha seakan memberikan gambaran bahawa Anna Jobling adalah dalang disebalik penyebaran video itu.

Meskipun tuduhan itu belum diketahui kebenarannya, netizen suda mula ‘menyerang’ Instagram Anna dengan pelbagai komen.

Jika tengok secara mendalam, nampaknya si Ernisha ini yang tidak senang duduk. Ye lahorang dah buat salah memang lah tak sedap duduk kan. Tambah pulak netizen dah nampak perangai sebenarnya masa uji bakat mentor dengan Syafinaz lagi. 

Kalau benar Anna yang sebar video berkenaan kita patut berterima kasih kat dia sebab kalu tidak netizen memang asyik kena tipu je dengan dewi remaja ni.