Antilia – Rumah Terbesar, Paling Mahal Di Dunia Milik Billionaire India

TERKINI
September 26, 2018 - 12:12 PM


Menelan belanja hampir RM5 bilion, bangunan menara yang dinamakan sebagai Antilia ini dikatakan rumah paling mahal dan terbesar di dunia dan ia terletak di Mumbai, India.

Dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang. Yang peliknya, kediaman ini penghuninya hanya ada lima orang tetapi mempunyai seramai 600 orang kakitangan!

Bangunan 27 tingkat ini adalah kediaman lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani bersama isterinya Nita dan tiga orang anak mereka. Dinamakan sempena sebuah pulau lagenda, Antilia juga mempunyai dewan besar yang pada syilingnya adalah 80 peratus dipasang lampu candelier.

Tak cukup dengan itu, di Antilia ini terdapat taman empat tingkat. Bukan satu, bukan dua tapi EMPAT!

Kalau ada yang tertanya, bisnes apa yang Mukesh Ambani ni buat, beliau terlibat dalam syarikat gergasi Reliance Industries. Senang cerita, beliau adalah CEO company Oil and Gas yang ditubuhkan oleh mendiang bapanya.

Dalam pada itu, Forbes telah menyenarai Ambani ni sebagai lelaki paling kaya di India dengan kekayaan yang bernilai RM185 bilion pada tahun 2016.

Selain syarikat oil and gas tersebut, dikhabarkan Ambani juga mempunyai sebuah university dan juga pemilik pasukan kriket Mumbai Indians yang beraksi di liga kriket India.

Jom kita tengok sebahagian bahagian dalaman Antilia ni...