Ayat-Ayat Cinta 2 Bakal Menemui Peminat Hujung Tahun Ini…



Berita baik buat peminat novelis terkenal Habiburrahman El Shirazy. Kalau anda membaca novelnya, anda tahu ayat-ayat cinta ini ada bahagian yang kedua. Nampaknya, penantian kita semua bakal berakhir pada Disember ini.

Karya pertama telah difilemkan pada 2008 dan memang dikatakan hits seluruh negara. FIlem kedua Ayat-Ayat Cinta ini diarahkan oleh Guntur Soeharjanto dan dikatakan penggambarannya berlaku disekitar Indonesia dan Scotland.


Instagram | MD Pictures

Masih mengekalkan Fedi Nuril sebagai Fahri, filem ini mengisahkan tentang dirinya yang menetap di Scoland sebagai seorang dekan, dan menjalani hari-harinya seorang diri tanpa isterinya.

Persoalannya, adakah Fahri akan bertemu dengan pengganti Aisya, ataupun bagaimana?

Kita tunggu dan saksikanlah filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini. Sementara itu, jom tengok dulu official trailer yang dipertontonkan oleh MD Pictures ini…

Eh, korang perasan sesuatu tak? Ada pelakon Malaysia jugak yang ditampilkan dalam filem ke dua Ayat-Ayat Cinta ini…

Ada Bront Palarae dan Nur Fazura… tapi apa pulak watak yang dimainkan oleh mereka ye?Sama-sama lah kita serbu pawagam nanti ye…

 

Sumber | RojakDaily