Benarkah Udang Galah Viral RM1 Dari Thailand Merbahaya Dan Tidak Sihat?



Tiap kali ada perkara viral pasti akan timbul pendapat dari segelintir netizen tentang kajian yang dibuat atas perkara viral. Rajin sungguh orang kita ni. Jika bulan puasa dahulu menu viral adalah kuih kerbau guling dan muncul juga teori mengatakan arang yang digunakan semasa proses membakar boleh membahayakan kesihatan orang yang memakan. Namun setelah 2 bulan berlalunya ramadhan tiada pula mangsa meninggal dunia akibat makan kuih kerbau guling.

Adakah orang-orang yang mengeluarkan statement ini boleh di panggil Dr Viral? 

Ok tak kisahlah, terbaru viral pula udang galah RM1 dari Thailand. Seperti biasa orang kita memang suka membuat kajian. Dan hasilnya bertebaranlah teori udang galah ini tidak selamat dimakan.

Pulakkk dahh... Aku makan dah 30 ekor elok je hidup sampai sekarang. Eh

Nak percaya atau tidak terpulang lah kat korang semua. Seeloknya bagus kalau pihak kesihatan Malaysia boleh mengesahkan tentang isu ini selamat di makan atau tidak.

Ok mari kita baca pendapat seorang pemborong, pengimport dan pengekspot hasil laut tempatan tentang keselamatan dan kebersihan dalam sumber basah makanan harian kita terutama hasil laut. @HkeemHK

Aku ni pemborong, pengimport dan pengekspot hasil laut tempatan, Thai dan Borneo yang berlesen jadi aku tak ade rasa nak dengki tapi aku rasa bimbang dan nak berkongsi. Setelah sekian lama aku terlibat dalam industri perikanan aku tahu dan arif cara penyimpanan untuk memastikan kesegaran hasil laut.

Tahu tak korang jenis bahan apa yang diletakkan didalam tong hasil laut? Bahan tu adalah formalin, bahan yang sama digunakan untuk mengawet mayat. Bahan ni mampu stopkan pengaliran darah dan kesan sampingan yang lain sebab itu kita tengok air ikan, sotong dan udang yang menggunakan formalin bersih tanpa darah.

Bukan terus tak dibenarkan, tapi dibenarkan pada had yang tertentu iaitu untuk 220L air hanya dibenarkan 0.01% campuran formalin ataupun 5mikrogram per 1gram. Cuba bayangkan berapa banyak je? .

Tapi realitinya didalam industri perikanan jarang sangat ikut piawaian terutama Ikan, udang galah, sotong dan lain-lain terutama yang dibawa masuk dri Thailand disebabkan kurang pemantauan dan bukan laluan yang lurus (backdoors).

Ikan di jeti sekalipun belum tentu segar walaupun korang tengok macam segar, sebagai contoh Boat C2 diaorg keluar atleast a week. Cuba bayangkan macam mana ikan diaorg tahan sampai seminggu kadang-kadang smpai 2 minggu tanpa melalui proses IQF yang kebiasaanya digunakan didalam kapal salmon.

Ni contoh gambar di Jeti Ranong Thailand minggu lepas, air tak putih dan tak merah tapi air silver. Mana darah? Itu adalah 1%-2% campuran kandungan formalin bersama air laut menjadikan air nya silver.

Kaedah sama jugak yg digunakan pada Udang Galah. Kepada penjual semaklah balik bekalan anda. Belum cerita halal haram formalin pun boleh membahayakan manusia dan haiwan bukan sekadar ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi je. Walhal kucing dan anjing korang pun bahaya makan.

Cuba korang bayangkan bertapa seriusnya benda ni. Susah aku nak percaya sebarang hasil laut dan udang galah sampai ke Malaysia dari Thailand yang ambik masa 2hari nak sampai tetap nampak segar tanpa letakkan bahan formalin yang berlebihan, dahla dengan transit lagi bla bla.

Banyk aku nk cerita, tapi terlalu sensitif. Hati-hati bekalan dari Thailand. Lagi-lagi industri aquaculture.

Tempoh matang bagi udang galah untuk saiz 30 ekor adalah 6 bulan, tapi sesetengah kolam di Thailand boleh buat 3 bulan. Why? Campak bangkai babi lah. Kolam lain tak tau, ni cerita di Ranong.

Yes betul, orang makan udang tu dia alergik. Tahu tak in the first place formalin ni adalah antara reason kenapa awak alergik seafood? Simpton alergik kerana formalin senang je. Mata berair, mual muntah, tubuh panas dan sakit kepala. Simpton ni semua akan rasa serentak.

Formalin datang dengn pelbagai nama, aku namakan formalin senang sbb komersial. Formalin bahan bahaya, jagan dibuat main. Jgn kita makan seafood gatal terus cop kita elergik, tak kawan. Antraa punca awak alergik bila fomarlin tinggi dalam badan dan akan bertindak balas secara kimia.

Aku cita lebih lebih korang kecam, do some reasearch aku cuma sampaikan apa aku patut sampaikan. Aku tahu benda ni pun amik kursus di AVA Singapore dan belajar pembenihan di Ranong Thailand. Terpulang awak semua

******

Ok now terpulang kepada anda sendiri nak percaya atau tidak. Tapi apa yang abang ni katakan ada loigik juga. Seeloknya semaklah bekalan udang galah anda.