Berang Konsertnya Terganggu, Bruno Mars Lempar Tuala Ke Arah Model Popular Jepun

TERKINI
April 26, 2018 - 11:28 AM


Penyanyi terkenal Bruno Mars dikatakan telah melempar sehelai tuala ke arah model terkenal Jepun iaitu Moeka Nozaki ketika konsertnya di Saitama Super Arena berlangsung baru-baru ini.

Bukannya sebagai hadiah, namun tuala berkenaan dibaling gara-gara tindakan Moeka yang duduk di kawasan VIP dan didapati sibuk menggunakan telefon dan merakan swafoto ketika Bruno membuat persembahan.

Sebelum tuala tersebut dilemparkan, menurut peminat yang berada disana Bruno telah beberapa kali meminta Moeka berhenti daripada bermain telefon kerana menganggu penonton lain, namun permintaan Bruno tersebut tidak dilayan.

Memahami yang kebanyakan orang di sana (Jepun) tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, Bruno turut menggunakan bahasa tubuh untuk meminta Moeka hentikan perbuatannya itu.

Ditemui selepas konsert, Bruno menjelaskan tindakannya membaling tuala tersebut adalah kerana terganggu dengan perbuatan Moeka dan mereka tidak menghormati penonton lain.

Yang Moeka ni pulak, dia ingat Bruno Mars baling sebab nak bagi tanda kenangan... dan dia pun upload dekat Instagram... Ni video kejadian yang kami jumpa di Youtube...

 

=aj=