Berdasarkan Firman Allah SWT, Sifat Bumi Itu Bulat – Mufti Wilayah Persekutuan

TERKINI
February 18, 2019 - 11:47 AM


Beberapa hari ini, kecoh sekejap media-media sosial tentang perdebatan bentuk bumi dan penyokong-penyokong teori ‘flat earth’. Pencetus kontroversi asal, Suhaimi Saad nampaknya masih tidak berpuas hati, walaupun angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar telah menjawab pertanyaan ‘kurang bijak’ Suhaimi tersebut.

Malam semalam, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan perdebatan dan memberikan hujah-hujah yang menunjukkan bumi itu bulat berdasarkan firman Allah SWT.

“ (Firman Allah SWT) maksudnya – ia menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya)

“Para ulama telah bersetuju bahawa sifat bumi adalah bulat, adapun kebulatannya bukanlah dalam erti bulat keseluruhan, ia boleh jadi bulat berbentu sfera atau bulat seperti telur, ini semua boleh dilihat menerusi penemuan moden,”kata mufti.

Mufti WP menambah, kekeliruan golongan penyokong ‘flat earth’ yang beragama islam ini sebabnya salah faham dalam memahami kalimah al-ardh.

“Apabila Allah SWT menyebut al-ardh, ia merujuk kepada tanah tempat kita berpihak dan yang kita lihat disekeliling. Ia bukan merujuk kepada bumi sebagai mana yang mereka fahami.

Datuk Mufti dalam masa yang sama bersetuju dan merujuk kepada pengesahan yang dibuat oleh Angkasawan Negara yang menyatakan bentuk bumi adalah sfera atau lebih tepat seakan-akan bentuk telur.