“Biar Allah Berikan Balasan Berterusan Untuk Penyebar Fitnah Ini” – Aeril Zafril

TERKINI
September 18, 2018 - 01:18 PM


Kecoh di twiter Ahad lepas berkenaan foto lucah yang dikatakan kepunyaan Aeril Zafril tersebar.

Tweet yang turut dikongsikan Aeril Zafril di Instagramnya itu turut memberikan penjelasan yang foto berkenaan bukanlah dirinya kerana jelas menunjukkan individu dalam foto berkenaan belum bersunat.

Aeril dalam masa yang sama mengatakan penyebaran foto tersebut hanyalah fitnah untuk menjatuhkan dan mengaibkan dirinya.

Menurut caption, Aeril berserah pada Allah untuk membalas perbuatan keji untuk menjatuhkan dirinya dengan cara begini. "Wawollahi Watallohi Wabillahi itu bukan saya. Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang berterusan berniat atas fitnah ini.

"Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat,"

Aeril Zafril sempat memuat naik gambar berkenaan di instanya tanpa blur untuk buktikan yang individu dalam gambar tersebut bukan dirinya sebelum dibawa turun.

Hurm, mentang-mentang jambang sama, nak cop Aeril Zafril pulak. Ish!