Bila Cuti Sekolah Hujung Tahun Bermula... Tok Mudim Pun Menjelma.



Untuk kanak-kanak lelaki Islam berumur antara 7 hingga 12 tahun kadang-kala cuti sekolah hujung tahun tidaklah seindah yang diimpikan. Tetapi berkhatan menjadi kewajiban untuk mereka ini melaluinya sekali dalam seumur hidup. Iya lah kan kalau lebih dari sekali kan dah pelik jadinya. Disini kami mengumpul video-video gelagat kanak-kanak yang terpaksa melalui satu episod penting didalam hayat mereka. Jangan gelak sorang-sorang... ajak kengkawan tengok sekali.

1. Berbakat adik ni. Nanti daftar masuk kumpulan Nasyid sekolah ok?

2. Tunggu dan lihat. Confirm trauma sampai ke tua.

3. Dik... Ohhh Dik. Lerr... Pengsan ke?

4. Ni steady. Bapak pandai amik perhatian. Siap boleh gelak-gelak lagi.

Hahahah! Macam-macam gelagat. Moga-moga adik-adik ni membesar menjadi orang yang berguna hendaknya.