Buat Keputusan Langgar Kereta "Double Park" Selepas 30 Minit Hon Tapi Sebenarnya...



Gambar sekadar hiasan!

Minggu ni viral satu video di mana kereta yang di parking secara "double park" dilanggar oleh hilux selepas 30 minit hon dan tiasa respone dari pemilik kereta. 

Melalui video yang tengah tular di media sosial kami sendiri di RILEKLAH pun masih tidak pasni nak salahkan kepada mana-mana pihak. 

Nak salahkan 100% pemilih kereta double park kesian pula bila kereta kena langgar. Mahal juga kos untuk baiki kereta. Nak salahkan hilux, mungkin dia pun sudah sampai tahap limit bersabar ataupun ada hal kecemasan yang dia pun hendak selesaikan.

Kesimpulannya macam ini lah, benda ni masing-masing terletak kepada individu masing-masing. Kalau individu itu ada minda kelas ketiga perkara ini tak seharusnya berlaku. 

Kesan kepada kereta honda selepas kena langgar!

Dalam laporan polis yang dibuat oleh pemilik trak ni, dia mengatakan yang dia dah hon selama 30 minit! Eh! Nak tipu pun kenalah ingat, banyak kot saksi kat sekitar tu, belum campur CCTV lagi. Ramai orang di sekitar cakap yang pemilik trak ni hanya hon dalam 1 minit je sebelum mula melanggar kereta yang block dia.

Kawan pemilik trak ni pun cakap benda yang sama yang kawan dia hilang sabar terlalu cepat lepas hon 1 minit. Pemilik kereta Honda, Wong Thim Cheong dikatakan berlari ke arah tempat kejadian dan meminta pemilik Hilux tu supaya berhenti, tapi permintaannya tidak diendahkan dan tetap terus merempuh sebanyak 5 kali lagi!