Buat Naya Kat Orang Betul, Orang Asli Terpaksa Ulang Alik 100KM Demi Beras Murah

TERKINI
October 09, 2023 - 05:42 PM


Malaysia Mahal Doh Ni bukan Malaysia Madani lagi. Pelbagai keluh resah oleh mereka yang sangat terjejas sejak barangan keperluan asas mula menghilang dan timbul dengan harga tidak masuk akal.

Seperti sudah ada corak yang mudah dikesan, bermula dengan barangan berkurang dan perlahan menghilang di kedai-kedai sebelum segalanya menjelma dengan harga baharu. Lebih jijik lagi disaat rakyat dalam kesusahan golongan politik masih lagi berlagak hero dengan mengeluarkan simpanan yang kononnya tidak cukup sebelum ini dari gudang masing-masing demi menampakkan dialah HERO di saat rakyat memerlukan. 

Sanggup Tempuh Perjalanan Ulang-Alik 100KM Pergi Ke Bandar Cari Beras Murah

Begitulah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman daerah Gua Musang, Kelantan.

Dek kerana mahu mencari bekalan beras yang dijual dengan harga murah, segelintir daripada mereka sangguh menempuh perjalanan ulang-alik hampir 100 Kilometer (KM) ke bandar bagi mendapatkan stok berkenaan.

Ini kerana mereka dikatakan berhadapan dengan masalah harga bekalan asas dijual pada kadar yang tinggi iaitu melebihi RM50 bagi sekampit beras 10 Kilogram pada ketika ini.

Menurut laporan dari Kosmo:

Seorang penduduk dari Kampung Kelaik Pos Balau Gua Musang, Kelantan yang dikenali sebagai Anglah Angah, dia mendakwa tidak tahan dengan harga yang ditetapkan oleh peruncit hingga menyebabkan dia memilih untuk ke bandar bagi mendapat bekalan asas berkenaan.

Tambahnya lagi, barang kawalan lain seperti gula turut dijual dengan harga yang mahal berbanding di kawasan bandar.

“Di kampung saya, sekampit beras 10 kg dijual sehingga RM50 lebih, manakala beras 5 kg pula melebihi RM20. Selain itu, sepeket gula dijual pada harga RM5.

“Saya mempunyai lapan ahli keluarga dan sekampit beras 10 kg hanya mampu bertahan untuk seminggu. Hari ini (kelmarin), saya tempuh perjalanan hampir 100 kilometer dengan menunggang motosikal ke bandar Gua Musang untuk membeli dua kampit beras yang berharga RM39 setiap satu,”

Sampai bila kita harus menanggung sengsara akibat kerakusan mereka yang berkuku besi?  Aduan demi aduan di buat, namun ianya seperti mencurah air di daun keladi. Generasi ke generasi bertukar pucuk pimpinan namun, masalah ini masih berterusan.