"Buka Tudung Macam Barbie, Ada Juga Macam...." - Orang Ramai Persoal Masya Masyitah Buka Hijab

TERKINI
July 31, 2023 - 12:14 PM


Sebelum ini penyanyi remaja, Masya Masyitah atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Yusoff gemparkan sosial media apabila dia mengenakan jaring kaki yang menampakkan kulit kaki walaupun berhijab.

Kini Masya mengejutkan warganet lagi sekali apabila dia membuat satu perkongsian gambar di Instagram menunjukkun dia memakai baju merah jambu dan 'free hair'. Penampilannya itu juga dipadankan dengan kereta mewah berwarna pink yang kini menjadi trend sejak filem Barbie ditayangkan minggu lalu.

Dalam caption yang ditulis, penyanyi jelita berusia 23 tahun itu juga seakan-akan memberi kata-kata semangat buat dirinya menjadi lebih kuat.

Menjengah di ruang komen, ramai yang mengkritik tindakan penyanyi lagu Halimunan itu, namun pada masa sama tidak kurang juga yang mendoakan agar Masya kembali ke jalan yang diberkati.

Malah ada juga sudah dapat menjangkan dia akan membuka hijab selepas berdepan dengan pelbagai kontroversi berkaitan penampilannya yang kian menampakkan sebahagian aurat.

"Hanyut dikejar dunia, terima kasih kepada manusia yang berjaya mendorongnya berpaling. Patutlah dia tunjuk aurat dia sikit demi sikit. Jaga-jaga adik, dunia ini pinjaman Allah semata-mata" demikian komen salah seorang pengikutnya di akaun Instagram.

Terdahulu, juara pertandingan realiti pada 2014 itu teruk 'dihentam' apabila menggayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar sekolah di Jepun yang menampakkan sebahagian kulit pahanya.

Kita memang dibenarkan untuk menegur secara berhemah, tetapi janganlah sampai mengherdik sehingga lupakan dosa sendiri. Kalau bukan dia yang ke neraka sebabkan penampilan dia, janganlah campakkan diri ke neraka sebab mulut kita, kan?

Komen dan tegur ada adabnya dan didoakan semoga penyanyi cantik ini terus kuat serta berhasrat menjadi yang lebih baik. Amin!