Bukan Main Pilih Je! Ini 16 Kaedah Dalam Pemilihan Agong Yang Baru



Sembilan undi rahsia dalam kalangan sembilan sultan dan raja-raja Melayu akan menentukan siapa bakal menggantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Jika undi berkenaan yang dibuat melalui Majlis Raja-Raja (MRR) memilih seseorang sultan itu maka baginda akan dilantik selain perlu bersetuju untuk menjawat jawatan sebagai ketua negara.

Berikut kami kongsikan 16 kaedah yang perlui dilalui dalam pemilihan Agong yang baru

1. Sistem penggiliran dibuat berdasarkan kekananan (senioriti), umur dan tempoh sultan memegang jawatan di negeri asal sebelum dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

2. Enam Sultan yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong mengikut urutan pusingan pertama seperti dipersetujui MRR setakat ini.

3. Dari segi Perlembagaan, ia tidak mengikat MRR untuk mengikut urutan seperti pusingan pertama, sebab itu adanya undi rahsia dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

4. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini juga berdasarkan kepada beberapa perkara lain seperti kemampuan melaksanakan tanggungjawab dan sebagainya yang akan diberi perhatian.

5. Mengikut sistem penggiliran, sultan negeri seterusnya yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah Pahang, namun baginda kini dilaporkan gering dan takhta dipangku anakandanya sebagai Pemangku Raja Pahang.

6. Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan menyebut syarat seseorang raja akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah dewasa, tidak menolak untuk dipilih selain tidak ditolak MRR.

7. Setakat ini, hanya tiga negeri yang belum melengkapi giliran Yang di-Pertuan Agong bagi pusingan kedua iaitu Pahang, Johor dan Perak.

8. Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya boleh dilantik terus sebagai Yang diPertuan Agong walaupun pernah memangku tugas itu sebelum ini.

9. MRR akan bersidang dan menentukan Sultan dari negeri mana yang akan dipilih serta dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

10. Hanya MRR dan persetujuan sultan yang dipilih untuk menentukan siapa Yang di-Pertuan Agong baharu.

11. Proses pelantikan Yang di-Pertuan Agong bergantung kepada budi bicara MRR mengikut Peraturan 32 dibaca Peraturan 38 dan ini adalah satu perkara yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

12. Timbalan Yang di-Pertua Agong tidak semestinya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, ia hendaklah melalui proses ditetapkan perlembagaan dan undang-undang serta memerlukan pemilihan.

13. Siapa yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya bergantung kepada budi bicara MRR dan bergantung kepada sultan yang dipilih.

14. Kebiasaannya raja paling kanan iaitu pada pusingan pertama dulu mengikut kekananan seseorang raja di negeri itu mengikut susunan bilangan tahun baginda memerintah. Kalau diikutkan situasi sekarang adalah Pahang, diikuti oleh Johor dan Perak.

15. Tetapi pusingan pertama berakhir Sultan Perak sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan seperti senarai baharu yang dikeluarkan MRR, bagaimanapun apa yang perlu kita faham ia terserah kepada MRR dan dipersetujui oleh Sultan yang dipilih.

16. Dalam undang-undang mengikut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong boleh meletak jawatan dengan menghantar surat kepada MRR.

Bukan senang nak pilih Ketua Negara ini. Banyak kaedah yang perlu dilalui bagi menentukan Agong yang seterusnya. Info yang kami dapat Agong baru yang mengganyikan Sultan Muhammad V bakal di ketahui pada 24 Januari 2019. 

Anda rasa siapa akan dipilih?