Cerita Mistik - Hantu Pun Guna Grab Siap Boleh Bayar Guna Daun Lagi

TERKINI
November 12, 2018 - 09:03 PM


Sejak dua hari lepas timbul isu viral tentang abg grab yang dikatakan mengalami pengalaman mistik apabila bayaran dari salah seorang penumpangnya bertukat jadi daun. 

Tambang RM8 yang dibayar oleh seorang penumpang wanita bertukar menjadi daun kering dan kisah ini diceritakan sendiri oleh isterinya menerusi Twitter.

Ok part ni abang rasa macam something jer. Mungkin suami dia nak cover pergi ke tempat lain tapi tak berani nak bagitau perkara sebenar oleh isterinya. Mungkin lah...

Menurut wanita yang dikenali sebagai Farah itu, suaminya mengambil penumpang tersebut berhampiran Pasar Gunung Rapat menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.

"Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami dan itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu."

"Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam 'pouch'. Bila buka je dompet, tengok ada daun," katanya

"Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau.

"Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai.

"Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu apa. Lagipun kami ada anak kecil."

"Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikitsikit gelak. Bila langgar lubang pun gelak.

"Dari gaya percakapan wanita tu orang Indonesia. Tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya," tambahnya.

Terhibur dengan gelagat Netizen 

Paling best apabila membaca komen-komen netizen tentang situasi ini. Tergelak sebentar hilang rasa takut sekejap. Haha Masuk air betul Netizen kita sekarang ni. 

Contoh-contoh komen Netizen yang mencuit hati kami.

"Mungkin wanita tu mungkin hantu. Ini kerana hantu pun guna duit dekat alam bunian untuk buat sebarang bayaran."

"Mungkin juga wanita itu adalah manusia sebenar dan dia mengamalkan ilmu tarik duit. Itu lebih logik."​

"Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu untuk bayar Grab. Dahlah tambang RM8 je, kalau RM800 fahamlah juga.

*********

Entahlah kami pun tak tahu nak fikir apa. Kalau hantu boleh pula dia gelak, setahu kami hantu mengilai jer. Lepas tu pandai pulak hantu tu tempah grab. Mungkin hantu pun sudah pandai guna smartphone.