'Cheese Challenge' - Kelakar Atau Buli Bayi?

TERKINI
March 04, 2019 - 04:08 PM


Kreatif tak bertempat!

Kalau sebelum ni fenomena satu dunia pasal ‘Momo Challenge’ la ‘Keke Challenge’ la…sekarang timbul pula satu lagi jenis challenge iaitu ‘Cheese Challenge’.

Di Twitter sekarang tengah trending mengenai “cabaran keju” itu  yang memaparkan banyak video bayi dan anak-anak kecil yang dilemparkan kepingan keju oleh orang dewasa.

Cabaran terbaru itu mula viral apabila seorang pengguna Twitter @unclehxlmes dari luar negara memuat naik video dirinya yang mengusik adik lelakinya sambil memegang sekeping keju.

Dia kemudian melemparkan keju tersebut tepat ke arah muka adiknya sambil bayi itu terpinga-pinga dan kelihatan terkejut.

Cabaran berkenaan kononnya bagi menyerupai perlakuan apabila seseorang ingin menangkap gambar sambil tersenyum dan menyebut perkataan ‘Cheeseeeee...’.

Video tersebut dikatakan telah meraih lebih 8.3 juta tontonan di seluruh dunia.

Ramai netizen yang kurang senang dengan fenomena terbaru itu yang disifatkan mereka sebagai boleh menimbulkan ketakutan serta fobia kepada bayi atau kanak-kanak.

 

Namun, bagi sesetengah netizen di luar negara yang menganggap ianya kelakar dan menghiburkan, ada yang turut sama merakamkan video ‘Cheese Challenge’ mereka dan memuat naiknya di laman media sosial.

Harapnya di Malaysia janganlah kita 'membuli' kanak-kanak seawal usia bayi begini.

Kesian...dan tak elok untuk proses tumbesaran mereka.