Ciplak Mekap Dan Jenama Orang Lain, Kylie Jenner Disaman

TERKINI
October 24, 2018 - 12:22 PM


Jenama kosmetik Kylie adalah satu jenama yang tak asing lagi, diasaskan oleh artis reality Kylie Jenner, rata-rata produk yang dikeluarkan sentiasa ‘laku keras’ disebabkan pengaruh Jenner sendiri selain barangan kosmetiknya yang ‘trending’.

Antara yang popular di negara kita dah tentulah lipstick Kylie. Sampai pasar malam pun dah ada jual. Tapi ini copy ori gred apa kita tak tahu lah, cuma pesan kitorang, kalau ada di pasar malam, tak usahlah dibeli, takut membahayakan kesihatan.

Terbaru, dalam lapotan Daily Mail semalam Kylie dikatakan disaman oleh sebuah syarikat kosmetik lain kerana didakwa menciplak rangkaian dan meniru jenama makeup mereka. Aiseh!

Difailkan oleh Sheree Cosmetics, dalam saman yang dibuat Kylie dikatakan telah meniru salah satu jenama mereka iaitu Born To Sparkle yang telah dikeluarkan 10 bulan lebih awal berbanding jenama sama milik Kylie.

Dalam satu temubual di Daily Mail, pengasas Sheree Cosmetics, Tiffany Hermann berkata tindakan menyaman Kylie adalah untuk melindungi syarikatnya. Tambahnya lagi, syarikat kecilnya perlu dilindungi dan sekiranya Kylie meneruskan penjualan produknya, sudah tentulah penjualan kosmetik Born To Sparkle milik Sheree Cosmetic tak laku.

 

Aduhai Kylie, takkan tiru jenama kot. Taknak fikir sendiri lah tu. Hehehe…