"Dah 2023, Kenapa Masih Begini?"- Momen Cemas Jeti Roboh Libatkan Pelajar Sekolah Sabah Buat Netizen Marah & Sedih
TERKINIKedaifan infrastruktur buat mereka yang tinggal di kepulauan Borneo sama ada Sabah atau Sarawak adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Terbaru, viral di platform media sosial menunjukkan momen cemas di mana jeti yang digunakan oleh para pelajar dan guru roboh.
Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah 😭. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik 😢. pic.twitter.com/HftTe4aAwL
— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
Berdasarkan video, mangsa yang terlibat jelas menunjukkan para pelajar sekolah yang lengkap dengan uniform panik dan para guru berserta penduduk yang berada berdekatan dengan insiden cuba menyelamatkan mereka yang jatuh dari bot dan jeti.
tengok tiang pun dah tahu tunggu masa je jeti tu nak roboh... kesian sangat. sampai bila anak2 pulau pedalaman nak hadap benda macam ni 🥺 mana eh ahli ahli politik? nda mahu bantu ka?
— عدني🦋 (@adnrahman) January 30, 2023
from this. to this. pic.twitter.com/zgPbM68S1T
Kejadian dikatakan berlaku di Pulau Bababag, Sabah. Netizen menyeru pihak kerajaan atau mereka yang bertanggunjawab menyelesaikan isu perihal fasiliti dan infrastruktur yang tidak berkesudahan ini sebelum ada nyawa yang melayang.