Dari Starbucks, McD, Kini Student Pilih Nak Study Dekat Family Mart Pulak



Konsep kedai serbaneka yang seakan-akan café mendapat respon positif daripada masyarakat. Daripada hanya ‘jajan’, kini kedai serbaneka dah ditransformasi untuk lebih moden dan lebih user-friendly.

Dalam banyak-banyak kedai, nama FamilyMart bukanlah asing, lagi-lagi kepada student. Benda pertama yang selalu terlintas dah tentulah oden. Selain daripada eskrem soft serve tu.

Baru-baru ni, kecoh kejap dekat media sosial yang berdebat pasal isu ‘study’ dekat FamilyMart. Dalam gambar yang diambil, meja kosong, ada buku, tapi tak ada orang duduk. Kalau nak ikutkan, ini bukan rungutan pertama yang muncul.

Sebelum ni ada juga isu lambakan student pergi Mcd, Starbucks dan lain-lain untuk study. Ok, bab diorang nak study tu, pada kami itu tak ada masalah. Sebab mungkin tempat tu selesa pada diorang kalau nak dibandingkan perpustakaan dekat kampus-kampus.

Selain tu, kebanyakan perpustakaan, korang faham-faham ajelah, makanan, minuman mana boleh bawak masuk. Nak borak-borak gelak-gelak apetah lagi. Kena ‘shh’ dengan akak library nanti. Hehe.

Isu ni sebenarnya senang, kalau nak guna sekejap, tak ada masalah rasanya. Ini kalau dah lepak sampai 3-4 jam, beli air pun dari kedai lain, makanan tapau dari rumah, sibuk nak duduk dekat FamilyMart buat apa! Nak upload gambar kat Instagram? Come on, dah out-dated dah snap gambar depan FamilyMart ni. Hehe.

Dalam hal ini, yang student pun tak boleh nak salahkan customer lain. Sebab, memang kerusi dan meja tu disediakan untuk pelanggan diorang yang nak makan oden atau minum kopi dekat situ. Korang nak study pun, agak-agaklah. Kalau rasa ramai orang pegang oden, sambil berdiri tepi meja korang, kemas lah buku, bagi diorang duduk dulu. Diorang settle, diorang gerak lah.

Yang kedua, Malaysians ni pun kadang-kadang bahasa kasarnya TAK FAHAM BAHASA. Bahasa lembutnya, tak ada common sense. Dah tahu meja terhad, bantainya lepak berjam-jam dekat situ. Banyak outlet FamilyMart yang macam ni. Mangkuk oden dah kosong, air kopi dah habis, duk bersembang lagi dekat meja. Kita yang pegang oden panas ni kena keluar cari tempat lain nak duduk. Haish.