Dek Kerana Imej Rockers, Mamat Ini Dihalang Solat Berjemaah!

TERKINI
March 01, 2019 - 06:22 PM


Benarlah kata pepatah ‘jangan menilai seseorang dari segi luaran sahaja’!

Sebelum ini pernah viral kisah seorang mamat berpakaian ‘Rockers’ menjadi imam dekat surau di Aman Central, Kedah.

Ramai netizen yang salute dengan lelaki tersebut kerana penampilannya sangat berbeza dengan keyakinan bersolat dan bacaan yang lancar sewaktu mengimamkan jemaah.

Tapi, baru-baru ini ada sebuah perkongsian di Facebook menceritakan kisah kurang menyenangkan yang menimpa mamat bernama Izzat atau lebih dikenali sebagai Kembang (kerana rambutnya kembang) ini.

Katanya, Kembang yang berhajat untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di masjid telah dihalang oleh beberapa pak cik setibanya dia di sana.

Sebelum itu, Kembang dikatakan berjalan kaki dari Aman Central hingga ke masjid tersebut.

Kalau benarlah bagai dikata, kesian kat Kembang. Niatnya untuk menunaikan solat berjemaah terbantut hanya kerana persepsi jemaah masjid terhadap imej dan pakaiannya.

Dek kerana cerita tersebut, netizen juga nyata kesal dan marah dengan tindakan pakcik-pakcik itu yang dilihat 'double-standard' dalam menyantuni jemaah yang ingin sama-sama mengimarahkan masjid seperti Kembang.

Bertabahlah ya Kembang..