"Dia Pilih Jalan Salah" - Didie Alias Sedih Rakan Baik Kahwin Dengan Pengkid

TERKINI
August 07, 2023 - 12:47 PM


Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa seorang pelawak yang juga merupakan seorang pelakon cukup dikenali telah 'bersuamikan' seorang pengkid dan hubungan tersebut salah dari segi agama.

Susulan itu, dalam satu video temubual, Didie Alias telah ditemui untuk bertanya akan perasaannya apabila melihat rakan yang dahulu rapat kini sudah memilih jalan seperti itu.

Menerusi temubual tersebut, Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd berkata pelawak itu sudah banyak kali membuat perkara itu dan sudah pun dinasihati tetapi ianya hanyalah sia-sia kerana ibarat mencurah air ke daun keladi.

@melodiberapi tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral ♬ original sound - Melodi

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.” kata Didie yang jelas kecewa kehidupan dipilih rakan seperjuangannya itu.

Bukan itu sahaja, Didie juga mengalirkan air mata kerana sedih melihat jalan yang dipilih selebriti itu dan mendoakan agar dia kembali ke jalan yang benar.

"Bahagia dekat dunia saja, esok lusa aku tak tahu kau sempat jumpa aku ataupun aku dah mati. Kau pernah cakap dengan aku kita akan bersahabat sampai ke liang lahad. Mana kau?" soal Didie kepada sahabatnya itu yang kini menghilang.

Difahamkan, rakan pelawak itu juga kini lebih memilih untuk berjauhan serta melarikan diri daripada rakan-rakan selebriti kerana mahu mengikuti ‘suaminya’ itu.

Menurut Didie, dia tidak akan mencari pelawak berkenaan dan sama sekali tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal lepas.

Terdahulu, kecoh di media sosial pelawak selebriti itu memuat naik videonya bermesra dengan seorang pengkid dan memanggilnya dengan panggilan sayang.

Sumber berita : TheVocket