DJ Lin Cari Pelapis ‘Suria Cinta’ – Kalau Korang Jiwang, Cubalah Nasib

TERKINI
December 04, 2018 - 03:30 PM


Program Suria Cinta di Suria FM boleh dikatakan antara program paling lama ada di stesyen radio tempatan. Program yang diadakan setiap hari Ahad hingga Jumaat dari pukul 8 malam hingga 1 pagi tersebut memfokuskan satu perkara sahaja iaitu Cinta!

Lagu cinta, ucapan, sesi perkongsian, topik, sampailah ke ucapan tidur. Jadi, kalau korang yang berjiwa jiwang, dalam hati ada taman tu, semestinya korang pernah tune-in setidaknya sekali untuk mendengar program Suria Cinta ni.

Namun, selepas ini berkemungkinan program Suria Cinta akan dipelopori oleh muka baru. Ni dimaklumkan sendiri oleh DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid. DJ Lin memaklumkan yang sudah tiba masanya dia mencari ‘junior’ bagi menggantikan dirinya untuk segmen radio pilihan rakyat Malaysia tersebut.

Tak kira lelaki ataupun perempuan, siapa-siapa yang berminat haruslah berumur di bawah 30 tahun selain mereka haruslah berbicara tentang cinta dengan ikhlas dan semestinya jiwang.

Selaku Pengurus Program Suria FM, DJ Lin turut beritahu yang stesyen radio tersebut bakal mengadakan uji bakat untuk mencari calon sesuai seawal tahun hadapan. Difahamkan, ujibakat akan diadakan seluruh negara dan mereka juga mencari penyampai untuk segmen lain juga. 

Ha, apa lagi, siapa yang rasa berbakat tu, inilah waktunya…