"Dorang Kerja Nak Provok Kita Je" - Matty Healy Bercium Lagi, Kali Ini Dengan Vokalis Blink 182

TERKINI
August 07, 2023 - 11:57 AM


Tak cukup dengan cetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat Malaysia, 'frontman' kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy buat hal lagi dengan cara yang provokatif dan tak menghiraukan sensitiviti orang lain.

Kali ini Matty bercium pula dengan vokalis kumpulan punk, Blink 182 iaitu Tom DeLonge ketika membuat persembahan Festival Muzik Lollapalooza di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pada acara berkenaan, Matty yang juga dilihat memegang botol minuman keras di atas pentas, turun ke bawah menghampiri Tom di bahagian penonton. Mereka secara spontan berpelukan dan bercium pipi sehingga aksi tersebut juga di rakam oleh banyak pihak.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu All The Small Things, Tom, kemudian memuat naik satu post di laman Instagram miliknya membuat hantaran tentang kejadian itu selain seakan turut mempersendakan undang-undang Malaysia.

"Rasanya saya dan The 1975 tidak akan datang ke Malaysia. Sepasang lelaki bercium di persembahan hebat Matty," tulisnya sindir.

Peminat-peminat kumpulan berkenaan jelas kecewa dengan provokasi yang dilakukan kedua-dua penyanyi tersebut, tambah-tambah lagi Blink 182 yang popular pada awal 2000'an dan mempunyai ramai 'die hard fans'.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kecewa dan ada juga yang menyokong perbuatan mereka berdua serta menganggap undang-undang Malaysia kolot.

Sebelum ini pada acara The Good Vibe Festival yang berlangsung di Sepang pada 21 Julai lalu, Matty menimbulkan kekecohan dengan aksi kurang sopan di atas pentas.

Ketika bercakap kepada penonton dia secara terbuka mempertikaikan tentang undang-undang Malaysia terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Selain itu dia juga berani meneguk minuman keras dan meludah ke arah penonton.

Susulan kejadian itu konsert terbabit dihentikan serta-merta dan acara yang sepatunya berlangsung tiga hari itu dibatalkan.

Sumber berita : Mstar