Kekasih Paksa Rela Dikaitkan Dengan Pedofilia Oleh Natizen

TERKINI
February 02, 2018 - 11:06 AM


Drama Kekasih Paksa Rela kini menjadi perhatian disebabkan ada netizen yang menganggap drama tersebut seakan menggalakkan jenayah pedofilia.

Dalam drama tersebut Intan Najuwa menggalas watak utama iaitu sebagai gadis remaja berumur 19 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia yang dilakonkan oleh Remy Ishak.

Dia menjelaskan bahawa lakonannya dalam drama tersebut tiada langsung unsur jenayah pedofilia seperti mana yang dikecohkan oleh segelintir netizen dalam ruang Instagramnya.

Tambahnya lagi, perkara ini sepatutnya tidak dijadikan isu dan netizen seharusnya menghayati mesej yang disampaikan dalam drama ini yang mengangkat isu poligami dalam kalangan golongan muda.

Baginya membawa watak seorang gadis yang sedang belajar di tingkatan enam dan berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya bukanlah isu yang sepatutnya diketengahkan dalam perbincangan drama tersebut. Tidak ada kena mengena sedikit pun dengan pedofilia.

Drama yang ditayangkan dalam slot Akasia TV3 ini sedang meningkat naik jumlah tontonannya dan mempunyai nilai yang positif serta mempamerkan sisi baik bagi mereka yang sedang melayari kehidupan berpoligami. Entah kenapa netizen boleh beranggapan begitu sekali? Tapi tidak mengapalah, kerana secara tidak langsung dapatlah membantu mempromosi drama ini gara-gara isu pedofilia

Macam-macam lah natizen ni. Semua benda nak kaitkan dengan isu negatif. Dah kutuk pastu boleh pulang mengangkang depan tv waktu maghrib layan drama ni.