Drama Keluarga Amzah, Shila Dedah Pernah Dipukul Oleh Adik Sendiri

TERKINI
October 12, 2023 - 11:35 AM


Bermula dengan kemelut penjualan rumah, siapa sangka adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah turut menyuarakan kenyataan berbaur memburukkan imej Shila.

Ia termasuklan dakwaan kakak sulungnya mahu menjual rumah demi duit.

Dalam ketegangan keluarga ini, bekas adik iparnya iaitu Anis Waheeda tampil mempertahankan kesabaran Shila Amzah yang disifatkan sudah mencapai limit dalam menghadapi perangai adik-adiknya.

Syafiq lalai membayar nafkah anak selama 7 tahun.

@xtra_my Replying to @LYNDAMAJID_❤️ Semoga sha terus kuat 🤲🏻😭❤️ #fyp #xtramy #shilaamzah #menangis #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound - XTRA

Pendedahan itu dibuat susulan dengan pendedahan adik lelakinya Amir Shafiq Amir Hamzah dalam satu sesi live semalamDalam masa yang sama, timbul lagi satu pendedahan lain oleh bekas adik ipar Shila untuk mempertahankan penyanyi lagu Patah Seribu itu.

Dia terpaksa meluahkan perasaan terbuku dihati selepas adik lelaki iaitu Amir Syafiq berterusan meletakkan kesalahan pada dirinya dan menganggap dia kakak sulung yang gagal menggalas tanggungjawab.

"Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

"Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

"Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam," katanya pada Rabu.

Shila meluahkan isi hatinya itu dalam satu siaran langsung di laman Instagram pada Rabu.