Dua Pocong Berjaya Ditangkap Dan Dibiarkan Bermalam di Kubur



Haha, ok ini memang lawak, dah pandai nak menyamar jadi Pocong dan sering menakutkan penduduk kampung 2 orang remaja ini didenda untuk bermalam di kubur dan tidur sebagai pocong.

Baru dia tahu nak jadi pocong sangat kan. 

"Kami terpaksa memanggil ibu bapa mereka selepas 'pocong' terbabit menangis di atas kubur. Kami menjelaskan berpura-pura menjadi pocong bukan satu gurauan kerana ia boleh membahayakan orang lain," kata penduduk kampung itu, Fachmi, semalam.

Difahamkan, Fachmi adalah salah seorang daripada penduduk yang turut sama menangkap 'pocong' terbabit.

Ketika dihukum tidur di kubur, mereka juga ditemani penduduk kampung.

Jelasnya, tujuan hukuman itu adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka.

"Kita tidak menggunakan hukuman dalam bentuk fizikal. Ia adalah untuk mengajar mental mereka," kata seorang lagi penduduk dikenali sebagai Oji.

Pihak berkuasa turut ke lokasi tersebut dan menasihatkan remaja itu dan ibu bapa mereka.

"Polis tidak mengambil sebarang tindakan. Kami meminta mereka tidak mengulangi perbuatan itu," kata jurucakap polis, Bronet.

Kejadian ini katanya berlaku di Indonesia. Tapi di Indonesia hantu pocong korang boleh jumpa di tepi jalan sebenarnya. Mereka siap minta sedekah lagi. Jadi jika korang ke Indonesia jangan lupa selfie dengan pocong. Semoga pocong tu tak ikut balik rumah nanti.

sumber  - DetikNews