Ed Sheeran Buktikan Kebanyakan Lagu Pop Boleh Dimainkan Dengan Hanya 4 Chord



Industri muzik selama ini telah ‘menyorokkan’ satu rahsia yang amat beharga. Sebut sahaja nama Ed Sheeran, sudah tentu kita akan teringat-ingat lagunya yang jaranglah tak best.

Dalam satu temu bual di sebuah rancangan TV di Belanda, penyanyi tersebut bersungguh-sungguh nak dedahkan rahsia yang selama ini digunakan oleh semua para pemuzik seluruh dunia iaitu kebanyakan lagu pop di dunia ini boleh dimainkan menggunakan 4 chord gitar.

Dengan bersahaja, Ed mintak sebuah gitar dan mula memainkan 4 chord tersebut iaitu Em, C, G dan D.

Pengacara kemudian diminta untuk menyebut sebarang lagu pop dan Ed berjaya buktikan lagu-lagu tersebut boleh dimainkan.