Facebook Digodam Lagi - Maklumat Berkaitan Airbnb, Spotify Dan Banyak Lagi Terdedah

TERKINI
October 03, 2018 - 01:17 PM


Apa yang terjadi baru-baru ni dalam dunia digital boleh dikatakan ‘kebocoran’ pada sistem sekuriti siber yang terbesar pernah berlaku. Mana tidaknya, pada umum memang kita nampak yang disasarkan cuma Facebook. Hakikatnya, apa yang berlaku adalah; segala aplikasi atau web yang kita masuk melalui atau menggunakan akaun Facebook turut terjejas!

Ya, ini bermakna… Kalau korang log masuk apps yang melalui Facebook, diorang ada maklumat data peribadi korang tu. Aplikasi macam Airbnb, Spotify dan Tinder sekalipun diorang ada akses.

Hackers kali ini mungkin dah ada atau sempat ‘curi’ maklumat macam gambar peribadi, data daripada mesej private dan macam-macam lagi maklumat yang diorang boleh gunakan.

Petang Jumaat lepas, pihak Facebook ada dedahkan yang sekurang-kurangnya 50 juta akaun berjaya diakses oleh penggodam tersebut, diorang berjaya hack sehinggakan boleh guna akaun macam pemilik asal.

Jadi, kalau korang ada log in akaun media lain gunakan Facebook; macam contoh messenger, Instagram, Spotify, Tinder dan Airbnb; berkemungkinan besar… hackers ni dah curi maklumat yang ada dalam aplikasi-aplikasi tu jugak.

Semuanya sebab kesilapan yang berlaku dalam coding di Facebook.

Bila difikirkan balik, berkemungkinan besar maklumat korang digunakan untuk masuk ke akaun bank, dan segala website yang korang pernah masukkan maklumat pembayaran. TAPI, untuk kali ini, korang tak perlu risau. Sebab kebanyakan website yang perlukan korang buat pembayaran biasanya akan keluar ‘pop-up’ lain. Jadi, buat masa ni, maklumat berkenaan pembayaran atau kewangan masih selamat. Buat masa ini lah.

Kami di Rileklah, sebenarnya nak jugak tahu, perkara ni merisaukan korang tak? Ke sebenarnya korang tak terkesan?