Fasa Peralihan Monsun Berterusan Sehingga Mei Bermula Hari Ini



Jika anda terkesan dengan hujan yang melanda kawasan anda, anda diminta menyiapkan mental dan berwaspada dengan keadaan cuaca kerana ketika ini negara kita sedang mengalami fasa peralihan monsoon.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), fasa peralihan ini akan berterusan sehingga bulan Mei dan disebabkan peralihan monsoon ini, tiupan angin berkelajuan rendah akan diterima dari pelbagai hala.

Selain tiupan angin ini, dijangkakan hujan lebat beserta ribut petir akan berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam. Jadi untuk penunggang motorsikal tu, siap-sedialah dengan baju hujan anda ye.

Selain angin kencang, peralihan monsoon ini boleh menyebabkan banjir kilat dan juga kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Maklumat terkini berkenaan perlaihan monsoon inin boleh didapati di laman web rasmi MET dan laman sosial Facebook Malaysiamet atau hotline 1 300 22 1638.