Fattah Amin, Fazura Sah Sebagai Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

TERKINI
November 28, 2017 - 10:29 AM


Empat hari selepas mengumumkan pertunangan mereka, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura selamat diijab qabulkan pada majlis yang dibuat secara tertutup malam tadi.

Majlis tertutup tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan kawan rapat pasangan tersebut.

Gambar pertunangan mereka pada 13 November.

Dalam laporan di laman web NST, Fazura juga dikatakan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Sebelum ini, khabar angin tentang majlis perkahwinan mereka bertiup kencang ketika mereka sedang mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, namun segala spekulasi terhenti apabila Fattah dan Fazura mengumumkan mereka hanya bertunang dalam satu majlis tertutup pada 13 November lalu.

 

Sumber : NST