Fazura, Suara Tak Sedap Tu Toksah Menyanyi - Makcik Bawang

TERKINI
April 23, 2018 - 11:29 AM


Penampilan dan pemilihan Fazura oleh penyanyi dari seberang Anggun menjadi tanda tanda oleh netizen.

Kolaborasi Anggun bersama Fazura tersebut boleh didengarkan melalui kolaborasi kedua-dua selebriti berkenaan dalam lagu The Good Is Back.

Walaupun pernah memberitahu yang dirinya meminati bidang nyanyian, namun beberapa single Fazura sebelum ini juga menerima kritikan daripada netizen. Sampai ada yang cakap lagi elok dia fokus kepada bidang lakonan atau ke Fattah Amin je…

Cuma kali ini, kritikan yang Fazura terima tak terhenti di netizen Malaysia, tetapi turut mengundang kecaman dari seberang kerana merosakkan lagu.

Tapi, dengar cerita sebenarnya ada tiga versi lagu ni. Versi solo, versi bersama Rossa dan versi dengan Fazura.

Sebenarnya, dari segi pendengaran kami, tak adelah teruk mana suara Fazura. Blend elok je dengan suara Anggun. Dan ramai jugak yang bersetuju cakap Fazura semakin improve dalam menyanyi.

Nah lagunya, korang nilailah sendiri...