Fenomena Gelombang Haba - Jangkakan Suhu Sehingga 40 Darjah Celsius

TERKINI
March 19, 2019 - 10:28 AM


Amaran gelombang haba peringkat 2 telah dikeluarkan untuk sesetengah kawasan di Kedah disebabkan oleh penghujung angin Monsun Timur Laut yang dijangkakan berakhir hujung Mac atau awal Aprill nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengatakan amaran paras 2 bermaksud suhu dijangka akan berada pada 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya 3 hari berturut. Setakat ini, amaran ini dikeluarkan untuk daerah Pendang.

Sementara itu, 21 kawasan lain di 9 buah negeri dikelaskan sebagai amaran peringkat pertama dan semalam ia meningkat kepada 23 kawasan termasuk Klang, beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka tengah, Tangkak dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Petaling Jaya harini dijangkakan suhu sehingga 35 darjah Celcius pada tengah hari nanti hingga petang nanti...

Namun, gelombang haba ini dijangka berakhir hari ini. Untuk rujukan, bolehlah rujuk di facebook MetMalaysia.

Dalam cuaca panas macam ni, banyakkan minum air dan kurangkanlah aktiviti luar.

Malaysia Di Penghujung Angin Monsun Timur Laut

Abang Posmen Berteduh Bawah Pokok Sebelum Hantar Surat

Enam Kelebihan Air Masak Kepada Badan Kita