Filem Ketiga Annabelle Bakal ‘Menghantui’ Pawagam Julai Tahun Hadapan

TERKINI
May 07, 2018 - 11:19 AM


Jika korang peminat filem seram, korang mungkin tersenyum atau tak sabar cerita terbaru yang melibatkan sebuah anak patung ini.

Menurut satu laporan di Entertainment Weekly, dikatakan James Wan sedang dalam proses pembikinan Annabelle yang ke-tiga.

Masih berkisarkan tentang Annabelle, filem ketiga ini bakal masuk ke panggung pada 3 Julai 2019.

Walaupun masih belum ada ura-ura tentang garis cerita filem ketiga ini, ada pihak yang membuat spekulasi kononnya siri ketiga Annabelle ini dikatakan berlaku pada garis masa antara Annabelle pertama dan prequelnya yang masing-masing berlaku pada 1967 dan 1955.

Bukan Poster Rasmi Filem

Ada juga yang tidak menolak berkemungkinan filem ketiga ini akan menceritakan tentang tragedi yang berlaku pada masa hadapan iaitu pada tahun 1970 apabila patung berkenaan dikunci di dalam rumah Warren.

Menurut rekod, keempat-empat filem dalam siri Conjuring telah berjaya mengumpul kutipan lebih daripada USD 1.1 billion (RM 4.33 billion) seluruh dunia.

Apa-apa pun, kita sama-sama nantikan filem ini. Kalau ada apa-apa undate, kitorang bagitahu. Sementara tu, layan je fan-made trailer ni dulu :