'First Lady From Hell' Netizen Samakan Rosmah Mansur Dengan Imelda Marcos

TERKINI
May 22, 2018 - 12:53 PM


Mungkinkah Sejarah Imelda Marcos Bakal Berulang Di Malaysia?

Mungkin sudah lama memendam rasa dan umpama gunung berani yang meletus, apa saja perbuatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, rakyat mula menggila termasuk berani menghambur terutama kepada ex first lady Rosmah Mansor.

Jika sebelum ini kontroversi dirinya bermula dengan pernyataan anak kandungnya Azrene Soraya yang mengatakan ibunya seorang yang kuat bomoh, suka menindas, namun semalam tular di media sosial, rakyat mengubah data Wikipedia iaitu sebuah rujukan individu dan menulis kata-kata kesat terhadap Rosmah Mansor di Wikipedia atas namanya. Mencerca adalah satu perbuatan dilarang oleh agama, islam menyuruh umatnya menutup aib orang lain

Wikipedia atas nama Rosmah Mansor ini ditularkan ke media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, mungkin dengan niat untuk memalukan orang lain. Ada mendakwanya sebagai penipu paling besar, pencuri wang RM69 bilion, malah soal cincinnya juga tulis dan diubah seolah menggambarkan dirinya terlalu kejam dan kemudiannya ditularkan ke media sosial tanpa sebarang rasa bersalah sedikit pun.

SIAPA PUNYA KERJA LA AGAKNYA YANG KREATIF SANGAT NIE? Kenapa la mencerca sebegitu rupa kerana belum terbukti lagi kesalahan empunya diri.

Cerita mengenai first lady ini masih belum redha dan kebanyakan akhbar melaporkan hari ini sejumlah 50 beg tangan berjenama mewah, Birkin yang bernilai RM200,000 setiap satu cuba dipindahkan ke beberapa buah kondominium mewah di ibu kota melalui van Jabatan Perdana Menteri. Sejak tular video itu, satu laporan polis telah dibuat yang menurut mereka ia milik isteri bekas pemimpin negara.

Akhbar pernah melaporkan beg tangan Rosmah berjenama Crocodile bernilai RM820,000 yang dipakainya dalam satu majlis.

Itu belum lagi ratusan rakyat dan wartawan menunggu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas tular di media sosial jadual penerbangan DS Najib dan isteri ke Jakarta. Namun akhirnya bekas pemimpin negara ini akur apabila Jabatan Imigresen telah mengeluarkan larangan keluar negara terhadap mereka.

Episod demi episod ini mengingatkan kita kepada sejarah Imelda Marcos. Mungkin generasi muda tidak kenal nama ini tetapi dia adalah isteri kepada bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang telah meninggal dunia pada tahun 1989 (mula memerintah Filipina pada 1966-1986) selepas ditolak oleh rakyatnya sendiri selepas 20 tahun memerintah Filipina yang suatu ketika dahulu amat kaya tetapi menjadi negara miskin kerana keborosan pemimpin dan isterinya, Imelda.

Apa menariknya tentang Imelda Marcos yang pernah menjadi Wanita Pertama Negara Filipina sekitar tahun 80-an dahulu?

Mempunyai 1200 koleksi kasut mewah. Rahsianya terbongkar selepas suaminya digulingkan dengan kuasa rakyat. Pihak berkuasa Filipina menemui ribuan koleksi kasut miliknya hingga boleh menubuhkan sebuah muzium. Antara jenama kasut yang terdapat di Muzium Kasut Marikina City ialah Ferragamo, Givenchy, Channel dan Christian Dior yang bersaiz 8 1/2 inci.

Imelda mempunyai koleksi berlian merah jambu bernilai RM21.16 juta.

Data Transparency International memaklumkan, Marcos sudah merompak wang rakyat sekurang-kurangnya 10 billion dollar atau setara dengan 450 billion ringgit. Imelda dilihat sentiasa menyokong suaminya tetapi amat bijak memanipulasi menggunakan jolokan Wanita Pertama Filipina untuk kepentingan bersuka ria.

Imelda pernah menggunakan sewenang-wenangnya kemudahan pesawat Philipine Airlines (PAL) untuk tujuan peribadi dan membeli-belah di seluruh dunia. Wang dihabiskan suka membeli barangan mahal sedangkan rakyat negara itu dibiarkan menderita dihimpit kemiskinan. Mempunyai puluhan jongkong emas. Akaun bank Marcos di beberapa bank di Switzerland di mana wang tunai USD450 juta (RM1.5 bilion) tersimpan. Imelda pernah menerima rasuah dan melakukan penyelewengan wang berjumla USD352 juta (RM1.3 bilion) sekitar tahun 1970-an.

Mayat Ferdinand Marcos dilarang diseadikan di Filipina kerana rakyat begitu benci dengannya. Dia mati di Hawaii. Hasil curiannya itu juga disimpan berupa dana di bank-bank Swiss dan aset-aset hartanah di Amerika Syarikat dan Eropah.

Selepas penangkapannya, semua harta rampasan hasil dari rasuah ini dilelong untuk dikembalikan kepada rakyat iaitu. Di antara aset yang disita, tiga koleksi barang kemas telah dianggarkan oleh firma lelongan Christie dan Sotheby bernilai lebih daripada 1 bilion peso. Ia termasuk, tiara berlian, kerosang, subang, rantai, tali pinggang dan batu-batu permata.