Gabungan Dua Watak Kartun Popular Dalam Satu Lukisan, Luar Biasa Hasilnya!

TERKINI
January 15, 2019 - 11:10 AM


Dalam lukisan, terdapat bermacam-macam jenis teknik dan medium yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya. Ada yang suka menggunakan arang, krayon, marker pen, pen dan dakwat, pencil dan macam-macam lagi.

Kalau nak ikutkan, asas lakaran kebiasaannya menggunakan pensel. Kemudian, ikut jenis lakaran atau lukisan yang nak dihasilkan, pelukis akan kemaskan dan cantikkan lukisan tersebut menurut citarasa sendiri.

Menurut satu perkongsian menarik di BoredPanda, seorang pelukis bernama Dada kongsikan hasil karya beliau. Secara keseluruhan, ia mendapat respon positif dengan beribu share dan di ruangan komen, penuh dengan pujian terhadap bakat yang ada pada Dada ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Dada menjelaskan beliau suka melukis sebarang objek dan suka bereksperimen menggunakan pelbagai medium. Apa yang membuatkan hasil kerja Dada ni lain daripada yang lain ialah ideanya untuk menggabungkan 2 watak dalam satu lukisan.

Macam contoh, lukisan kiri dia gabungkan watak Belle dan Beast, lukisan kanan pulak Simba dengan pakciknya yang jahat Scar. 

Tambahnya lagi, kebiasaannya dia akan megabungkan watak baik dan watak jahat atau gabungan dua watak dalam versi berlainan.

Jom tengok hasil lukisan Dada yang menggunakan pensel warna dan gabungan dua watak dalam satu cerita ini. Agak-agak berapa banyak yang korang tahu?

Oh, kalau korang minat nak follow atau tengok hasil kerja lain daripada Dada ni, boleh cari akaun Instagram : @dada16808 ataupun tengok karya-karya lain yang korang boleh beli sebenarnya dekat artbydada.com

 

Kredit Foto : Instagram | dada16808
                         Website | artbydada