Gambar Dalaman Kapal Mewah Jho Low Yang Tersebar Di Internet

TERKINI
August 08, 2018 - 05:02 PM


Nama Equanimity bukalah lagi satu nama yang asing. Kapal mewah ini menjadi sebutan selepas dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB oleh bekas Perdana Menteri dan Jho Low.

Menurut laporan hmetro, kapal mewah tersebut berada di Pelabuhan Klang dan setibanya kapal tersebut semalam, pasukan khas dari Mahkamah Tinggi akan menyediakan satu mesyuarat.

Dalam masa yang sama, hari ini telah tersebar beberapa keping gambar yang dikatakan milik kapal mewah berkenaan!

Dianggarkan kos pembinaan kapal ini bernilai RM 1 billion dan merupakan kapal mewah ke-54 terbesar di dunia. Dari segi rekaan dalaman, ia mempunyai 9 buah bilik ( 1 bilik utama, 4 bilik VIP serta 4 kabin) yang boleh memuatkan 18 orang tetamu dan 30 orang krew dalam satu masa.

Selain itu, kapal mewah Equanimity ini telah menerima 2 anugerah iaitu:

  • Pemenang kategori New Finest Yacht di Monaco Yacht Show Awards 2014

dan juga;

  • Pemenang Best Yacht of the Year (melebihi ukuran 82 meter) di World Yachts Trophies 2014

Memang mewah, tengok sendiri gambar yang tersebar melalui WhatsApp ini…