Gara-gara Muatnaik Penyata KWSP, Aliff Syukri Dikecam Netizen

TERKINI
October 20, 2017 - 10:28 AM


Kalau kita sebut pasal kontroversi nama beliau ini mesti akan terpalit. Manakan tidak, lepas satu-satu kontroversi melanda dirinya.

Dato’ Sri Aliff Syukri, satu nama yang cukup dikenali kerana kejayaan produk miliknya D’Herbs. Namun begitu, sikapnya yang agak terbuka dan suka berkongsi di laman sosial membuatkan netizen tidak senang duduk dengan sikapnya.

Jika sebelum ini, beliau dikecam teruk kerana Dodi, kucing liar yang dipelihara olehnya tidak mendapat layanan yang baik oleh beliau dan kucing itu tidak mendapat keperluan yang secukupnya. Akhirnya Dodi dirampas oleh pihak berkuasa.

Terkini, Aliff sekali lagi dikecam. Kali ini gara-gara beliau memuat naik penyata akaun KWSPnya. Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram miliknya telah memanjatkan rasa syukur kerana simpanan beliau itu mampu membayar deposit rumah barunya di Pavilion.

 

Beliau sebenarnya berniat supaya posting itu dijadikan motivasi, namun netizen telah menyalah anggap dan beliau dikatakan hendak menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimilikinya. Tidak kurang juga mereka yang cuba kaitkan dengan Mark Zukerberg dan Bill Gates yang sememangnya multi millionaire tetapi tidak pernah menayangkan aset mereka. Lihat sahaja komen yang diterima oleh beliau...

Tapi, bukan semuanya kecam, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan menjadikan posting beliau ini sebagai motivasi untuk berjaya. 

 

Takpelah Dato’, biasalah perangai orang Malaysia, suka kecam je… Mana nak amik benda positif kan… Hanya Dato' sendiri tahu apa yang Dato' cuba sampaikan... 

 

Sumber | Mynewshub