Giliran Durian Ganja Pula Menjadi Buruan Netizen

TERKINI
July 31, 2018 - 12:28 PM


Musim durian tahun ini nampaknya menjadi, banyak lambakan durian boleh kita tengok di tepi-tepi jalan. Berita ini pastinya membuat peminat durian tersenyum lebar. Paling menjadi tumpuan pastinya durian musang king yang dahulunya menjadi durian orang kaya kini rakuyat marhein juga turut boleh merasainya akibat penurunan harga.

Selain musang king, durian ganja juga kini menjadi tumpuan peminat durian. Durian ganja yang memiliki tangkal panjang atau D158 antara lebih 20 jenis raja buah klon yang dijual pemborong. 

Sambutan terhadap durian itu begitu menggalakkan walaupun dijual dengan harga lebih tinggi berbanding jenis lain iaitu antara RM12 hingga RM15 sekilogram. 

Selain durian ganja turut mendapat permintaan ialah jenis tok merah, IOI, musang king, D24, udang merah dan tok lintuk. Ciri utama durian ganja tangkal panjang ialah buah bersaiz besar mencapai berat lima kilogram sebiji, isi lemak, rasa tidak pahit dan bergas.

Pokok yang dikatakan berasal dari Johor dan turut terkenal di Thailand kini semakin diminati kerana rasanya yang sedap dan harga murah.

Jadi korang dah rasa belum durian ganja ni? Aku pun tengah survey-survey ni kat mana nak makan durian yang best-best.