Graduan Bergaji RM2,000 Bakal Dikenakan Potongan Gaji Sebanyak 2% Untuk PTPTN



Pelbagai kabar angin yang melibatkan isu pinjaman PTPTN sejak zaman kerajaan Barisan Nasional lagi isu ini sudah mula bertebaran di dada-dada media digital dan akhbar. Mengenai info terbaru graduan yang meminjam duit dari PTPTN akan dikenakan potongan gaji 2% untuk membayar balik pinjaman.

Menerusi perbincangan para kabinet pada 23 November pihak kerajaan telahpun mencapai kata sepakat mengenai potongan gaji berjadual buat para peminjam bergantung kepada tangga gaji para graduan.

Menerusi pengumuman awal yang dibuat, para graduan yang membuat pinjaman PTPTN serta mempunyai tangga gaji diantara RM2,000 sehingga RM2,500 bakal dikenakan potongan pembayaran secara wajib sebanyak 2% atau RM40. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, potongan yang dikenakan ini juga bakal turut meningkat secara berkala sehingga 15% mengikut kenaikan gaji.

Selain itu, para graduan dalam golongan M40 yang berjaya mencapai ijazah sarjana muda kelas pertama bakal dikecualikan daripada membayar PTPTN. Pihak kerajaan turut menegaskan pembayaran balik masih dikenakan kepada golongan T20 meskipun memperoleh keputusan yang cemerlang.

Menyoal mengenai pinjaman PTPTN yang sebelum ini diumumkan cuma perlu dibayar buat mereka yang bergaji mencecah RM4,000 dan keatas, Timbalan Menteri menyatakan cadangan ini bakal dipertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan negara kembali stabil.