Guru Di Ghana Mencuri Perhatian Dunia Gara-Gara Tindakan Beliau Ini…

TERKINI
February 28, 2018 - 12:37 PM


Tugas seorang guru nampak seperti sesuatu yang mudah, tetapi jika nak difikirkan hari-hari perlu mengorbankan masa untuk mendidik anak bangsa tugas mereka ini sebenarnya jauh lebih sukar dari apa yang dijangka. 

Untuk mendapatkan satu sesi pembelajaran yang bagus, kebiasaanya guru atau cikgu ini perlu menggunakan alat bantu mengajar seperti buku teks, kad imbas dan sebagainya. Namun, tindakan seorang guru di Ghana ini harus mendapat pujian.

Sebelum itu, tulisan ini bukan nak cakap cikgu-cikgu di Malaysia ini tak bagus, dan tak layak diberi pujian pulak.

Ceritanya di Ghana, Owura Kwadwou ialah seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah yang terletak di pendalaman Ghana. Walaupun hakikatnya Ghana merupakan satu bandar yang besar dan mempunyai kemudahan komputer, tetapi situasi di sekolah ini adalah sama sekali berlainan.

Untuk mengajar software Microsoft Word tanpa bantuan komputer dilihat mustahil kepada pelajar-pelajar sekolah terbabit. Namun, Owura mengunakan pengalamannya sebagai pelajar visual arts telah melukiskan keseluruhan screenshot bagi memudahkan pelajarnya untuk memahami software berkenaan.

Kaedah yang digunakannya ini mendapat pujian daripada seluruh dunia dan selepas gambarnya tersebar, dikatakan beliau menerima beberapa panggilan yang menawarkan sumbangan laptop dan projector kepada sekolah berkenaan.

Diharapkan kisah Kwadwo ini dapat menjadi inspirasi kepada bakal guru dan guru-guru diluar sana.

Cikgu Malaysia? Ada... Ini ada video cikgu di Malaysia yang mengajar teknik kira cepat yang viral di Youtube.