Halang Atlet Israel Masuk Malaysia, Jalur Gemilang Berkibar Di Palestin

TERKINI
January 22, 2019 - 01:22 PM


Berikutan pengumuman pengharaman atlet renang Israel dari memasuki dan seterusnya sertai 2019 World Para Swimming Championship yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos nanti, rakyat Palestin menghargai sokongan yang diberikan oleh Malaysia.

Jalur Gemilang, kini berkibar di Gaza. Selain bendera, turut dinaikkan oleh rakyat Palestin adalah banner yang mempunyai tulisan berterima kasih kepada Malaysia kerana sentiasa ‘berdiri’ mempertahankan Palestin.

Di Stadium Yarmouk, stadium tertua di Gaza, peminat bola sepak Palestin turut didapati mengibarkan bendera Malaysia semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung Sabtu lalu.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Malaysia, baik yang dulu mahupun sekarang yang tidak berganjak dengan prinsip dan tidak tunduk dengan desakan-desakan luar.