Hanya 40 Ribu Pelawat Dibenarkan Ke Taj Mahal Dalam Sehari

TERKINI
January 04, 2018 - 12:41 PM


Kerajaan India semalam terpaksa hadkan bilangan pengunjung ke Taj Mahal dalam usaha menjaga bangunan ikonik daripada kurun ke 17 itu.

Selain daripada daya tarikan yang terbesar di India, Taj Mahal menerima berjuta-juta pengunjung setiap tahun daripada pelbagai negara termasuklah rakyat India sendiri.

Pihak Taj Mahal mengatakan bilangan pengunjung yang semakin bertambah sekian hari dapat menghauskan marmar putih di makam tersebut. Selain faktor cuaca, pencemaran serta bilangan pengunjung yang ramai, mereka sentiasa perlu membersihkan marmar putih berkenaan untuk menghentikan ia jadi kekuningan.

Menurut pihak berkuasa, mereka mungkin meghadkan bilangan pelawat ke 40,000 orang pada satu hari. Walaubagaimanapun, ini hanya dikenakan terhadap rakyat negara berkenaan sahaja dan warganegara luar akan dikenakan 1000 rupees untuk memasiki bangunan berkenaan.

Fuh, agaknya bila la dapat jejakkan kaki ke sana ye..? Teringin jugak nak tengok simbol cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal ni…

 

Sumber : CNA