Hari Terakhir Diskaun 50% Bayar Saman Trafik

TERKINI
November 09, 2018 - 12:42 PM


Bagi mereka yang ingin bayar saman trafik dengan diskaun sebanyak 50%, hari ini merupakan hari terakhir untuk anda berbuat demikian. Diskaun sebanyak 50% ini bermula dari 7 November 2018 dan akan berakhir pada 9 November 2018 (Hari ini) sehingga jam 4.30 ptg.

Anda yang ingin mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran boleh ke Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. Malah, lokasi pemberian diskaun saman ini juga akan dilaksanakan di TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada tarikh dan masa yang sama.

Akan tetapi, diskaun berkenaan tidak dikira untuk jenis Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.

Adalah disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu di mana-mana Balai Polis Trafik atau menerusi dalam talian iaitu MyEG Services dan RILEK e-Services, dan sebagainya tentang butiran saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang termaktub. Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman web ini.