Imma, Model Kegilaan Jepun Yang Sebenarnya Tak Wujud

TERKINI
January 23, 2019 - 11:59 AM


Mata yang menawan, kulit halus, bibir sempurna. Tak hairan kenapa ramai yang tergila-gilakan model daripada Jepun ini.

Sayangnya, Imma sebenarnya tak wujud. Imma juga bukan manusia! Ha, pelik kan. Bukan manusia, dah tu, hantu? Alien?

Sekejap; sebelum korang pergi mengarut lebih jauh. Sebenarnya Imma ini hanyalah model yang tercipta dengan teknik pemodelan CG! Walaupun ianya hanyalah watak maya, tapi itu tak mehalang untuk Imma daripada terus menjadi sebutan di Instagram.

Sejak gambarnya mula viral di media Jepun, ramai yang kini mengikutinya di Instagram. Walaupun ditulus di bionya yang dia hanyalah model maya, wajah dan aksinya dalam gambar memang saling tak tumpah dan sukar untuk dipercayai yang dia hanyalah model CG.

Difahamkan, Imma dicipta oleh syarikat pemodelan CG, ModellingCafe Inc, dan dari segi hasilnya… Memang saling tak tumpah macam model sebenar, hasil sangat luar biasa.

Kalau nak ikutkan, Imma membuat penampilan pada tahun lepas, cuma pada 2019 barulah orang-orang di sana perasan akan ‘kewujudannya’ setelah menghiasi banyak kulit depan majalah.

Fuh, maju betul diorang ni. Nampaknya, lepas ni model-model susah la nak cari makan.

Destination: