[KEMASKINI] Info Jualan Tiket Final Leg 1 Piala AFF SUZUKI 2018 - Netizen Bengang. Manakala Suite Korporat Sudah Habis Dijual

TERKINI
December 06, 2018 - 12:51 PM


[KEMASKINI 7 DISEMBER 12:30PM]

Belum sempat sembuh tekak dari menyorak pasukan Harimau Malaya pasti ramai yang sudah tertanya-tanya bilakah tiket perlawanan final akan mula dijual. Pihak FAM belum lagi mengumumkan bila jualan akan bermula tetapi pada perkiraan kami ia hanya akan diumumkan setelah selesai perlawanan semi-final Vietnam lwn Filipina.

Alahai... kami hanya mampu berdoa.


Namun begitu sejurus kemenangan Harimau Malaya keatas Thailand seri 2 sama atas merit kelebihan jaringan gol di rumah lawan dengan pantas Suite Korporat di Stadium Bukit Jalil telah habis dijual. Dengan harga antara RM25,000 hingga RM30,000 memang dikira sangat mahal untuk majoriti peminat bolasepak tanahair, tetapi untuk segelintir yang mampu ini adalah cara terpantas dan paling mudah untuk menjamin mereka mendapat tiket menyaksikan perlawanan yang bakal melakar sejarah terbesar balasepak tanahair jika Malaysia berjaya menjulang piala AFF Suzuki buat kali pertama.

Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalingam sudah membuat pengumuman!
Tiket akan dijual online mulai esok di Tiket Hotline. Sama seperti semasa jualan separuh akhir 20 ribu tiket akan dijual dahulu dan lagi 20 ribu akan dijual hari yang berikutnya.

Jualan tiket fizikal akan berlangsung Ahad ini dan lokasi-lokasi akan diberitahu kelak. 40 ribu tiket diperuntukkan untuk jualan fizikal. 

Pagi ini (7 Disember) jualan tiket online habis dalam sekelip mata. Berdasarkan kenyataan rasmi dari Setiausaha Agung FAM, TiketHotline melakunan ujian setangah jam lebih awal menjadi antara punca sebab kuota 20 ribu tiket terjual dalam tempoh masa yang singkat. Seterusnya FAM memutuskan untuk melancarkan jualan 10 ribu lagi dari baki kuota tiket.

 

Tetapi sejurus pengumuman diatas tersiar di FB FAM laman web TicketHotline masih menunjukkan bahawa kuota telah penuh.

Di twitter ramai juga meluah kan rasa tidak puas hati keatas TicketHotline kerana menjalankan ujian 30 minit sebelum waktu jualan.

 

Pantas jugak ulat tiket up kat Mudah...

Tapi tak tahu lah ni betul ulat kee... scammer kee....

Masih ada peluang esok dimana baki 10 ribu tiket akan disediakan. Korang bangkit lepas subuh le esok.