"Ingat Anakonda, Rupanya Dia Zoom Je" - Jabatan Sahkan Tiada Anakonda Di Elmina

TERKINI
July 25, 2023 - 05:24 PM


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan ular sawa yang muncul di kawasan perumahan di Elmina Green di sini kelmarin, bukan anakonda.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Tan Choon Yung berkata, ular sawa tersebut adalah jenis ular sawa yang dianggarkan sepanjang dua meter.

Katanya, reptilia tersebut kelihatan besar selepas video ular itu diambil dengan teknik secara dekat.

“Beberapa pegawai Jabatan Perhilitan telah ke lokasi kejadian hari ini dengan siasatan mendapati video itu diambil oleh seorang pekerja warga asing.

“Bagaimanapun, video tersebut telah dirakam secara ‘zoom in’ ketika ular tersebut menaiki bukit seterusnya menampakkan saiz ular itu kelihatan lebih besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sehubungan itu, Dennis menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut dan meminta pengesahan pihaknya terlebih dahulu terhadap mana-mana kehadiran haiwan di kawasan mereka.

“Saya zoom sedikit sahaja, tak sangka pula boleh tular hingga mengundang kekecohan”

Demikian reaksi pekerja pembinaan, yang hanya ingin dikenali sebagai Izaha berikutan dakwaan terdapat ular gergasi di kawasan perumahan Elmina dekat Shah Alam yang rakamannya tular di media sosial, kelmarin.

Dia turut memohon maaf kerana tidak menyangka video perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Destination: