Inilah Senarai Barisan Bintang Untuk Gegar Vaganza Musim Ke-4.

TERKINI
October 10, 2017 - 05:43 PM


Seperti kebiasaan Astro, lepas satu rancangan mesti ada rancangan yang akan menyusul. Kalau sekarang ini kita disajikan dengan AF Mega Star dimana bekas peserta Akademi Fantasia dikumpul dan dipanggil untuk membuat persembahan setiap minggu.

Program yang bakal temui penonton ini tidak kurang auranya. Kalau tahun lepas, Juara dinobatkan kepada Azharina. Kali ini, Gegar Vaganza kembali lagi untuk musim ke empat.

Dilihat sebagai satu platform untuk mengetengahkan semula penyayi-penyanyi yang popular suatu masa dulu selain menjadi pengubat rindu para peminat mereka.Tengok sahaja fenomena yang terjadi kepada Siti Nordiana, Zarul dan lain-lain. Nampaknya aura mereka ini akan kembali menemui peminat selepas berakhirnya AF Megastar.

Teka-teki siapakah artis yang akan menyertai GV kali ini sudahpun terjawab dengan sidang media yang diadakan. Dengan sedikit kelainan pada edisi kali ini, GV 4 membawakan tema nusantara dan dua penyanyi daripada negara jiran iaitu Ferhad (Singapura) dan Firman (Indonesia).

Selain Ferhad dan Firman, empat lagi peserta lelaki ialah Aqasha, Lan Kristal, Hazami serta Tia Jinbara. Manakala untuk peserta wanita pula adalah Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura.

Kalau ikutkan line-up tahun ni, nampaknya saingan untuk tahun ini dijangkakan lebih sengit kerana 12 peserta ini semua power-power. 

Tugas pengacara pula, masih lagi diberi kepada Nabil dan Jihan, manakala Ramli M.S sebagai juri tetap.

Dianggarkan rancangan ini akan bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam. Dan macam biasa boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).